Friday, May 6, 2011

Bila...bila...dan bila...???????

Bila? Bila? Bila?

Mesti korang pun tertanya tanya apa yang bila?!

Sebenarnya aku pun tak tahu bila akan aku bergelar ibu...kekadang tue cemburu jugak dengan orang lain yang baru kahwin dan tak berapa bulan dah mengandung...bunting pelamin kata orang....

9 Mei nie semua orang akan ucap selamat hari ibu...semakin menyentuh hati ku....Entah lh, masa belum kahwin takde pun perasaan macam nie...memang lh sebab belum kahwin... tapi bila dah kahwin secara automatik perasaan keinginan anak tue ada...dan perasaan tue bergolak golak dan bermain main di fikiran...Kekadang aku terfikir dan aku takut aku tak dapat memberi zuriat kepada suami ku....aku takut sangat... Aku pasti suami aku ingin anak, sebab dia seorang yang suka budak budak...

Setiap kali aku sembahyang, aku sentiasa berdoa agar aku mengandung dan mendapat zuriat yang soleh dan solehah...bagi ku anak adalah pelengkap dalam rumah tangga.. harta benda dan kemewahan tidak menjanjikan kebahagiaan dalam rumah tangga.. anak dan suami/isteri yang membahagiaan seseorang itu. Jika kita hidup dunia ini seorang diri, aku rasa tak boleh hidup kalau semata mata bergantung dengan harta benda dan kemewahan sahaja. Hidup tak ada maknanya...

Ya allah aku naik saksi tiada tuhan yang disembah melainkan Allah
dan aku naik saksi Nabi Muhamad itu pesuruh Allah..

Aku sebagai hamba mu yang kerdil ini, hanya berserah dan bertawakal kepada mu sahaja, berkat usaha kami, doa kami, Engkau makbulkan lh doa kami dan perkenankan lh kehendak kami Ya Allah..Amin...

Aku mohon maaf jika ada yang tersinggung dengan entry aku nie...aku tak bermaksud menyakiti hati sesiapa pun tau!...sekadar meluahkan rasa aku sahaja...

Selamat Menyambut Hari Ibu Sedunia

9 Mei 2010, satu dunia menyambut hari ibu... Selamat hari Ibu Emak Emak ku!

Ibu.....Ibu.....
Engkau lh Ratu Hati Ku....
Bila ku berduka...
Engkau Hiburkan hati ku....
I Love u Ibu!!!


Ibu,
Tiada engkau tiada aku di dunia ini...
Terima kasih ibu kerana telah melahirkan aku di dunia ini...
Terima kasih kerana telah mendidik dan menjaga ku sehingga ku besar...
Tiada orang lain yang boleh menggantikan tempat mu..hanya engkau seorang sahaja ibu yang bertahta di hati ku....

Ibu,
Aku mohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki....
Di atas segala dosa dosa yang aku telah lakukan terhadap mu semasa menjaga ku...
Halalkan lah segala makan dan minum ku....
Halalkan lh susu ibu yang engkau berikan kepada ku...

Ibu,
Sekarang tanggungjawab mu terhadap aku telah lepas...
Sekarang aku di bawah tanggungjawab suami ku...
Syurga ku di bawah tapak kaki suami ku...

Ibu,
Tanggungjawab ku lebih pada ibu mertua ku...
Dosa besar jika aku melukakan hati ibu suami ku...
Walau bagaimanapun, aku tetap akan menjaga mu walau pun tidak sama seperti sebelum aku berkahwin...kerana engkau tetap ibu ku...

Ibu,
Doakan lah anak mu ini menjadi isteri yang solehah...
Anak yang solehah di dunia dan di akhirat...
Doakan juga lh anak mu ini sihat dan bahagia di dunia dan di akhirat....

Ibu engkau lah segala galanya pada ku.....dunia dan akhirat....

KFC..yumm..yumm..

KFC! Ayam yang paling sedap daripada MD & MB. pada pendapat dan citarasa aku lh...kalau korang aku tak tahu lh... Tapi kalau hambuger, sudah tentunya MD.. tapi aku dan suami tak berapa gemar makan hambuger...lagi satu MD nie mahal sedikit daripada KFC... Mahal tapi berbaloi..





Aku rasa hampir 5 bulan aku tak pergi makan KFC kerana kekangan masa dan duit tak boleh habis untuk enjoy kerana ada yang lebih memerlukan duit daripada makan KFC. Lagi pun kalau aku nak makan KFC, aku kne pergi ke Kota Tinggi jauh...tempat aku takde lagi KFC...

Pada 30 April 2011 yang lepas aku pergi makan ngan suami aku. Akhirnya terlepas jugak mengidam nak makan KFC. Hehehe....bukan ngidam apa sebab dah lama tak makan tue rasa macam nak makan pulak...

Menu yang selalu kami tempat ialah Snack Plate. Tapi kali nie aku je yang tempah lain iaitu Chiken Chop. Rasenya boleh tahan sedap. Ayamnya pun tak takde tulang so, mudah lah nak makan tak lh ayam terpelanting nanti....ye lh kn makan pun guna garfu dan pisau. Kalau terpelanting malu pulak nanti...mne nak letak muka. So, kawan kawan pergilah KFC untuk merasa menu baru KFC. Selamat menjamu selera!..



 

Thursday, May 5, 2011

Selamat menyambut Hari Pekerja


Semua orang tau kan 1 mei adalah hari pekerja...so, semua pekerja akan diberi cuti. 1 Mei 2011 jabatan buat program, memang tiap tiap tahun kami buat. Tempatnya adalah di Tg. Balau. Korang tau kan dimana, kn aku ada bagi tau korang entry yg lepas.

Masa 1 Mei 2011 tue aku n the geng kne kje sebab jabatan aku yang buat program tue... biasa lh kalau kje hari kelepasan am nie elaunnya lebih sikit...masa nie lh ramai orang yang cari duit lebih... bukan sahaja yang bekerja dengan kerajaan atau swasta, peniaga pun akan mencari peluang untuk berniaga... kalau hari biasa pendapatan diaorang tak setimpal macam hari kelepasan am nie..

Aku n the geng handle program bola jaring. memang tiap tiap tahun program bola jaring mesti ada dan mesti ada team team yang hantar. Masa 1 Mei 2011 seramai 7 team. Semua hebat hebat belaka tau. So bagi sesiapa yang nak masuk untuk tahun depan rajin rajin lh korang belatih. Bukan untuk 1 Mei sahaja kalau ada badan/jabatan yang buat open korang pun boleh join. Asah lh bakat korang yang memang sedia ada tue...rugi kalau tak menggunakan bakat yang ada...so, jom kita saksikan gambar gambar di bawah...layannnnnn.....

nie tempat perlawanannya..

yang dalam gambar nie adalah tempat game dam haji...

nie adalah team dari sekolah sukan, orangnya tinggi tinggi tau...

nie pulak masa perlawanan...

yang baju biru tue sapa lagi urusetia lh....yang pakai topi tue aku dan yang seorang lagi tue kak emal...

nie sesi bergambar bersama pemain...diaorang nie memang suka bergambar pantang je ada orang nak ambek gambar.....termasuklah dua orang tue...hehehe....

So, bagi sesiapa yang baca entry aku nie sekiranya korang berminat nak join bola jaring nie tahun depan, dengar dengar radio sinar ye...kami ada iklankan kami punya game nie...bukan setakat bola jaring je banyak lagi game yang kami sediakan untuk anda semua...selamat menyambut hari pekerja!!!!...

Tuesday, May 3, 2011

Hari keluarga KAK

Assalamualaikum....

Hari nie aku nak cite kisah hari keluarga KAK office aku buat. Tempatnya di Tg. Balau. Korang tau tak dimana letaknya Tg. Balau? kalau tak Tau korang search......... Mana yang duduk area JB aku rasa mesti tau kn dimana... Sebenarnya kalau ikut perancangan awal kitaorang nak buat kat Johor Lama tapi tak jadi.

kali nie hari keluarga kami lebih best daripada tahun lepas sebab pelbagai acara ada tapi untuk anak-anak lh yang lebih best. Antaranya jom kita saksikan...

Kanak-kanak bermain dengan arnab




arnab kacuk, comel kn!



nie anak kak emal..



bukan budak je tau yang main mak pun sama main...sayang anak!

Manakala aktiviti orang dewasa pula adalah naik kereta kuda dan kuda. Bayaran yang dikenakan bagi kereta kuda RM4.00 dan naik kuda RM3.00. Untung jabatan haiwan ramai yang naik. Budak budak pun tak takut suka adalah. Jom kita tengok gambar kuda pulak...


gambar nie ketika kami naik kereta kuda, takde orang boleh ambikkn gambar so, ambik lh sendiri tue yang tak nampak kudanya, hehehe......



<>
Nie lh kuda yang kami naik...
 Semoga tahun depan hari keluarga KAK lebih best lagi daripada tahun nie....