Friday, May 6, 2011

KFC..yumm..yumm..

KFC! Ayam yang paling sedap daripada MD & MB. pada pendapat dan citarasa aku lh...kalau korang aku tak tahu lh... Tapi kalau hambuger, sudah tentunya MD.. tapi aku dan suami tak berapa gemar makan hambuger...lagi satu MD nie mahal sedikit daripada KFC... Mahal tapi berbaloi..





Aku rasa hampir 5 bulan aku tak pergi makan KFC kerana kekangan masa dan duit tak boleh habis untuk enjoy kerana ada yang lebih memerlukan duit daripada makan KFC. Lagi pun kalau aku nak makan KFC, aku kne pergi ke Kota Tinggi jauh...tempat aku takde lagi KFC...

Pada 30 April 2011 yang lepas aku pergi makan ngan suami aku. Akhirnya terlepas jugak mengidam nak makan KFC. Hehehe....bukan ngidam apa sebab dah lama tak makan tue rasa macam nak makan pulak...

Menu yang selalu kami tempat ialah Snack Plate. Tapi kali nie aku je yang tempah lain iaitu Chiken Chop. Rasenya boleh tahan sedap. Ayamnya pun tak takde tulang so, mudah lah nak makan tak lh ayam terpelanting nanti....ye lh kn makan pun guna garfu dan pisau. Kalau terpelanting malu pulak nanti...mne nak letak muka. So, kawan kawan pergilah KFC untuk merasa menu baru KFC. Selamat menjamu selera!..



 

Thursday, May 5, 2011

Selamat menyambut Hari Pekerja


Semua orang tau kan 1 mei adalah hari pekerja...so, semua pekerja akan diberi cuti. 1 Mei 2011 jabatan buat program, memang tiap tiap tahun kami buat. Tempatnya adalah di Tg. Balau. Korang tau kan dimana, kn aku ada bagi tau korang entry yg lepas.

Masa 1 Mei 2011 tue aku n the geng kne kje sebab jabatan aku yang buat program tue... biasa lh kalau kje hari kelepasan am nie elaunnya lebih sikit...masa nie lh ramai orang yang cari duit lebih... bukan sahaja yang bekerja dengan kerajaan atau swasta, peniaga pun akan mencari peluang untuk berniaga... kalau hari biasa pendapatan diaorang tak setimpal macam hari kelepasan am nie..

Aku n the geng handle program bola jaring. memang tiap tiap tahun program bola jaring mesti ada dan mesti ada team team yang hantar. Masa 1 Mei 2011 seramai 7 team. Semua hebat hebat belaka tau. So bagi sesiapa yang nak masuk untuk tahun depan rajin rajin lh korang belatih. Bukan untuk 1 Mei sahaja kalau ada badan/jabatan yang buat open korang pun boleh join. Asah lh bakat korang yang memang sedia ada tue...rugi kalau tak menggunakan bakat yang ada...so, jom kita saksikan gambar gambar di bawah...layannnnnn.....

nie tempat perlawanannya..

yang dalam gambar nie adalah tempat game dam haji...

nie adalah team dari sekolah sukan, orangnya tinggi tinggi tau...

nie pulak masa perlawanan...

yang baju biru tue sapa lagi urusetia lh....yang pakai topi tue aku dan yang seorang lagi tue kak emal...

nie sesi bergambar bersama pemain...diaorang nie memang suka bergambar pantang je ada orang nak ambek gambar.....termasuklah dua orang tue...hehehe....

So, bagi sesiapa yang baca entry aku nie sekiranya korang berminat nak join bola jaring nie tahun depan, dengar dengar radio sinar ye...kami ada iklankan kami punya game nie...bukan setakat bola jaring je banyak lagi game yang kami sediakan untuk anda semua...selamat menyambut hari pekerja!!!!...

Tuesday, May 3, 2011

Hari keluarga KAK

Assalamualaikum....

Hari nie aku nak cite kisah hari keluarga KAK office aku buat. Tempatnya di Tg. Balau. Korang tau tak dimana letaknya Tg. Balau? kalau tak Tau korang search......... Mana yang duduk area JB aku rasa mesti tau kn dimana... Sebenarnya kalau ikut perancangan awal kitaorang nak buat kat Johor Lama tapi tak jadi.

kali nie hari keluarga kami lebih best daripada tahun lepas sebab pelbagai acara ada tapi untuk anak-anak lh yang lebih best. Antaranya jom kita saksikan...

Kanak-kanak bermain dengan arnab




arnab kacuk, comel kn!



nie anak kak emal..



bukan budak je tau yang main mak pun sama main...sayang anak!

Manakala aktiviti orang dewasa pula adalah naik kereta kuda dan kuda. Bayaran yang dikenakan bagi kereta kuda RM4.00 dan naik kuda RM3.00. Untung jabatan haiwan ramai yang naik. Budak budak pun tak takut suka adalah. Jom kita tengok gambar kuda pulak...


gambar nie ketika kami naik kereta kuda, takde orang boleh ambikkn gambar so, ambik lh sendiri tue yang tak nampak kudanya, hehehe......



<>
Nie lh kuda yang kami naik...
 Semoga tahun depan hari keluarga KAK lebih best lagi daripada tahun nie....



Friday, April 29, 2011

Rezeki Allah Beri

Alhamdulillah...syukur kepada Allah S.W.T.

Rezeki aku bulan April aku dapat duit lebih daripada bulan sebelum sebelumnya... duit gaji dah tentu tiap tiap bulan aku dapat tapi, bulan nie aku dapat duit lebih sebab aku dapat undi sebenarnya... Tak sangka pulak aku main undi dua tempat dan kedua dua aku dapat bulan april nie. Alhamdulillah....

Dengan rezeki Allah ini jugak aku dapat memberi ibu ku dan belanja kawan kawan ku makan sarapan pagi. Rasenya dah lama aku tak dapat pegang duit banyak lama lama. Selalunya bila dapat duit terus tolak hutang. Hidup kalau tak berhutang tak merasa ada harta benda sendiri pulak kn. Tapi berhutang kne lh beringat ye kengkawan!...

Tuesday, April 26, 2011

Sakit Gigi

Toloooooooggggggg!!!!! Sakitnya gigi!!!!! walaupun umur aku dh 20-an Gigi bungsu baru nak tumbuh tau...tapi dia punya sakit Ya Allah...sampai demam demam aku dibuatnya. Hari nie aku kne lagi sakitnya sebab giginya belum naik habis lagi kot. Gusi bengkak, Kepala pulak terasa benggal bengal je... Memang betul kata orang kalau sakit gigi nie memang ler..nak meradang je, bunyi bising pun tak leh.

Hari nie jugak aku kne siapkan laporan tahunan 2010. Bertambah pening kepala aku nie...Tapi alhamdulillah akhirnya aku berjaya menyiapkan keje aku. Terima kasih Allah kerana memberi aku kekuatan.

Petang nie pulak ada latihan bowling. Entah aku boleh main ke tidak aku pun tak tahu lah...mintak mintak lh aku dapat skor 130 ke atas. Demi jabatan akan aku gagahi jugak untuk membuat latihan nie. (Ceh! demi Jabatan !)...jangan jealous kengkawan.... k lah aku dah tak tahan nie, nak g menunaikan kewajipan sebagai orang islam dan nak bersiap pergi latihan bye!!!..