Wednesday, March 30, 2011

Game Bowling

Minggu lepas aku ada game bowling di IOI Kulai. Perempuan yang masuk menyertai lebih kurang dalam 7 orang. Peserta lelaki pulak dah tentu ramai punya. Kalau sebelum nie payah diaorang nak ajak perempuan ikut sama game ini. Kalau aku tak silap kata urusetia game ini buat untuk pemilihan badan berkanun bulan Mei ini.

Setiap seorang main 6 game, bermakna 60 kali baling. Perghhhhh.....punya lh penat tangan nie nak membaling sampai 60 kali nak tercabut rasenye....tapi oleh kerana enjoy dan seronok main ramai-ramai macam tak puas pulak, lagi pulak kalau tak dapat skor lg lh...bengkek je rse.....

Masa game tue aku satu link ngan kak eim dan kak rozie. Kami memang suka kalau main sme-sme sebabnya kami nie masih di level pembelajaran.....kalau lawan ngan kak hajar dan kak nesa nampaknya memang ke lauuuuutttt......lh kami nie. Tapi permainan ada nasib-nasib jugak kadang-kadang kite main bagusssssss sangat, tapi kadang-kadang kelauuuuuttttt sangat asyik masuk longkang sesaje.... Alhamdulillah game pertama hingga game kelima aku dapat mata 100 ke atas tetapi yang sedihnya game keenam aku hanya dapat skor 88 je, Cis! bertuah. Mata keseluruhan yang aku dapat kumpulkan adalah hanya 675 sahaje. Dah lah kumpulan kami paling lambat sekali, kumpulan lain dah habis main dh dan ada jugak yang diaorang tambah lagi main sesuka. Nasib menyebelahi aku dan mungkin rezeki aku agaknya, aku juga adalah salah seorang yang mendapat nombor kemenangan iaitu tempat ketiga. Dapat lh hadiah barang elektrik iaitu sereka. Terima kasih urusetia kerana mengajak perempuan sama-sama joint game bowling ini dapat lh kami mengasah bakat kami yang sedia ada ini.

Cantik bak bidadari

Bila cite bab kecantikkan nie aku suka tau tapiiiii.......bila lh agaknya wajah ku akan cantik bak bidadari seperti gambar ini....


cantik, kulit halus, licin, putih, tkde jerawat, jeragat dn sedap je mata memandang...suami pn agaknya asyik nak gempitttt...aje, hehehehe...bertuah lh siisteri kn. Tak pening kepala suami cari lain.....hahahaha...

Kalau lh aku seorang yang berwang, pasti aku pn boleh memiliki kulit wajah seperti tue. Tiap-tiap hari pergi spa. Biasalah perempuan nie kn perlu jaga penampilan lagi-lagi bagi isteri yang telah melahirkan anak. Urat dh banyak putus, tue yang buatkan badan semakin kembang. Bukan spa je pergi, jamu lh, pil langsing lh dan macam-macam lagi lh nak jadi seperti zaman bujang balik. Walau bagaimanapun, aku bersyukur dengan wajah yang Allah S.W.T berikan kepada aku. Cuma aku ni manusia biasa pasti mahukan lebih dari itu tapi tk lh sampai mengubah ciptaan Allah, jauhkan lh. Bila wajah kita cantik dan berseri bukan shaje menggeletarkan orang lelaki, bahkan membuatkan diri kita lebih yakin, bersemangat melakukan sesuatu pekerjaan. Tapi kena ingat juga kengkawan, jangan menyalahgunakan dengan kecantikan yang Allah S.W.T berikan kepada kita. Nanti Allah akan tarik balik kelebihan yang diberikan itu, betul tak?.  So, terimalh dengan seikhlas hati dan apa sahaja yang Allah berikan kepada kita dan jangan lupa mengucapkan "SYUKUR ALHAMDULILLAH".

Adakah perubahan dunia sebagai tanda kehancuran dunia semakin hampir???

Nauzubillahminzalid.....Sepertimana yang kita dengar dan lihat baik di depan mata mahu pun di kaca television pelbagai kemusnahan dan kehancuran dunia yang terjadi seperti yang berlaku baru-baru ini di Japan. Ada mengatakan itu lh balasannya...tapi sebenarnya kita tidak boleh mengatakan sedemikian, ini kerana kita tak tahu apa punca dan sebabnya hanya Allah S.W.T sahaja yang Maha Mengetahui... itu berlaku di luar negara bagaimana pula yang berlaku di Kota Tinggi???? Ya Allah lindungilah aku, ahli keluarga ku dn kaum seislam ngan ku dri bencana dan malapetaka yang Engkau turunkan....amin...

Disini sedikit sebanyak aku nak kongsi ngan korang tentang hari kehancuran. mari lh kita bersama-sama mengumpul amal ibadah untuk dibawa ke akhirat kelak, semoga amal ibadah kita diterima olehNya amin...mari kita sama-sama menghayati hari kehancuran.....


Gambaran Hari Qiamat


✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
 
✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
 
✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
 
✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
 
✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
 
✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
 
✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
 
✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
 
✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

 
✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
 
✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
 
ⅰ- Pemimpin yang adil. 
 
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah. 
 
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid. 
 
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah. 
 
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah". 
 
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai). 
 
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah. 


✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
 
✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
 
✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.
 
✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
 
✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
 
✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.
 
✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
 
✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
 
✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
 
✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan.


Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa. 
 
✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
 
✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
 
✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.
 
✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
 
✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
 
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab. 
 
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab. 
 
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka. 
 
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
 
✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
 
✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.


✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
 
✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
  
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
  
☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Tuesday, March 29, 2011

Kenapa Runsing?????

Kebiasaannya bila bos tkde mesti kurang tekanan ngan kerja...Tp sepanjang 2 minggu lepas aku tk thu apa yg terjadi ngan diri aku nie...moody je rase, macam banyak sangat masalah dalam kepala nie.. walau pun ketawa, nampak happy tapi, sebaliknya dalam hati nie Tuhan je yang thu.. Entah lh aku pun tk thu kenapa..nk kata kerja banyak tk lh banyak sangat, oleh kerana mood tkde sebab tue apa yang aku buat pun aku tk faham....kelakar kn!.

Kadang-kadang nak buat macam nk buat selambe...je, tapi fikiran nie melayang-layang. Sensitif sesangat pun ye, hati tak berapa tenteram, kepala runsing. mungkin kena cuti kot....hahaha...kalau aku cuti macam mane pulak ngan kerja aku sapa nk tolong satle kn.. Kalu dulu lain lh ade lagi seorang pembantu tadbir. Lepas nie kalau jadi bulan April, unit aku akan buat kursus penyelenggaraan kenderan kepada pemandu dan pegawai. Dengan cara aku menyibukan diri sahaja lh aku dapat melupakan apa yang melayang difikiran aku nie yang entah apa-apa entah. InsyaAllah jugak kami akan diberi elaun semasa kursus tersebut, Alhamdulillah...syukur kpdMu Ya Allah.

Manusia nie mesti tk lari dengan masalah kn. Walau dimana sekalipun kita pergi masalah itu tetap ikut kite. Sampaikan boleh jadi buntu tk thu nak buat macam mane lagi, walau pun macam-macam nasihat kawan-kawan beri. Aku juga tahu tkde masalah yang tkde jln penyelesaian mesti ade. Betul kata Ustaz Firuz (kalau aku tak silap lh namanya) ada hikmah disebalik ujian yang Allah berikan kepada seseorang itu tapi kita tak thu apa hikmahnya. yang kita nie sentiasa berdoa siang malam, mulut tak henti-henti meminta pertolongan dariNya tapi tiada hasil jugak. So, sebagai manusia yang kuat dan tabah, mesti sabar dengan ujian Allah, Allah itu Maha Pengampun dan penyayang. InsyaAllah kerunsingan aku nie akan berakhir dengan kebahagian. Ya Allah aku mohon padaMu engkau kuatkn hatiku, berikanlh aku kesabaran agar aku dapat menempuh dugaanMu ini dengan hati terbuka dan Redha, Aminnn...



Wednesday, March 23, 2011

Asam Pedas Ikan Siakap

Malam tadi emak ku tkde di rumah pergi JB rumah abang ku di Cahaya Masai. Dia ada temujanji ngan Doktor HSI untuk cek mata pada hari nie 23/3/2011. Biasa lh tiap2 3 bulan sekali pasti akan p jumpa Doktor. Umur dh meningkat nie macam2 penyakit. Ya Allah engkau pulihkn lh penyakit emakku..amin...

So, oleh kerana tiada tukang masak yg profesional maka, aku lh yg jd penggantinya. Menu malam tadi adalah ASAM PEDAS IKAN SIAKAP. Wah! bunyinya macam sedapkn belum tengok lg nie, hehehee......nk thu mcmne rupanya mari kita saksikan di bawah ye.....

wah! sedapnye...

Nie bukan tipu punya tau memang hasil masakan aku. Alhamdulillah aku lulus. Suamiku makan sampai bertambah nasi lgi... masa nk masak macam ye tak ye je..yelah aku takut tk jadi asam pedas, hahahaha... Alhamdulillah menjadi jugak. Suamiku nie jujur kalau sedap akan kata sedap kalau kurang dia akan kata kurang. Bukan bodek bini tau..... Tp ini bukan kali pertama aku masak dh banyak kali aku masak. Setiap kali aku masak pasti aku rase takut masakan aku tk menjadi walau pun aku masak nasi goreng sekalipun. Bila aku tengok ahli keluarga ku makan sampai habis dn bertambah bermakna sedap lh tue betul tk?. Cuma mungkin rase tue tk sama macam masakan emak ku dn emak mertua ku, air tangan masing2.... Masih banyak lagi aku perlu belajar bab memasak nie. Bukannye senang tau nak bagi orang makan makanan yg sedap tau, masak memang senang kacang goreng je....tp rse belum tentu lg sedap ke tidak. Kalau tk percaya cuba ingat2 bila kite makan di hotel adakah masakannya sedap? kadang2 tk sedap. Bila tengok punya kemain lg cantik dan menyelerakan tp bila rase hampeh...So, jgn dipandang ringan benda yang kita sangka mudah tapi sebenarnya tak semudah disangkakn...