Thursday, February 10, 2011

Bagaimana Untuk Memaksimakan Kesuburan Anda

Pertama sekali anda harus memahami bagaimana badan kita berfungsi, bila saat yang paling subur untuk hubungan seks dan bila perlu mendapatkan rawatan.
Kehamilan sebenarnya bergantung kepada beberapa kejadian penting. Setiap bulan, kelenjar pituitari yang terletak pada otak akan mengeluarkan sejenis hormon yang akan meransang ovari untuk mengeluarkan telur. Proses ini dipanggil ovulasi. Ini berlaku selalunya pada hari ke 14-16 haid anda.
Sebaik sahaja telur dilepaskan dari ovari, ia akan memulakan perjalanan di dalam salur fallopian, pada saat inilah anda dalam keadaan subur sekali. Telur cuma mempunyai 24 jam sahaja untuk bersatu dengan sperma. Kerana sperma boleh hidup didalam salur peranakkan wanita dengan lebih lama iaitu 2-3 hari selepas ejakulasi, adalah disarankan anda membuat hubungan seks setiap hari sebelum saat kesuburan.
Sebaik sahaja telur sudah disenyawakan, ia akan memulakan perjalanan kedalam rahim dan kehamilan akan terjadi. Sekiranya anda tidak hamil, haid akan terjadi 14 hari dari tarikh anda ovulasi.
Mencuba Untuk Hamil? 5 Perubahan Besar Yang Perlu Dibuat Pada Diet Anda
Perbaiki diet anda
Perbanyakkan memakan buah-buahan dan sayuran kerana kesuburan berkait rapat dengan pemakanan yang sihat. Makan makanan yang mengandungi lebih kalsium seperti yogurt dan susu. bagi kaum lelaki, amalkan memakan vitamin seperti Vitamin C dan E, Zinc, asid folik penting untuk pengeluaran sperma yang sihat. Kekurangan zat dan vitamin boleh menganggu kedatangan haid dan menyebabkan sukar untuk kita meneka bilakah masa subur.
Ambillah vitamin tambahan
Walaupun mungkin anda merasa yang anda telahpun mempunyai pemakanan yang optimal menerusi diet yang seimbang tapi anda masih juga disarankan untuk mengambil vitamin tambahan, terutama bagi mereka yang mempunyai pekerjaan atau sibuk melayan anak yang lain dirumah. Mengambil vitamin tambahan akan memastikan anda mendapat cukup asid folik dan nutrien lain yang boleh meninggikan peluang untuk hamil dan mendapat anak yang sihat.
Pastikan anda cuma mengambil vitamin yang disarankan oleh wanita hamil dan pada dos yang tertentu sahaja kerana memakan vitamin yang terlalu berlebihan mungkin akan memberi kesan sampingan kepada bayi yang sedang membesar. Sebagai contohnya terlalu banyak vitamin A adalah toksik kepada perkembangan janin. Berbincanglah dengan doktor pakar untuk maklumat yang tepat tentang ubat yang sesuai untuk anda.
Makanlah asid folik sekurang-kuranya 4 mg sehari
Vitamin ini telah terbukti berkesan untuk mengurangkan risiko kecacatan saraf seperti spina bifida dan telah dikaitkan dengan kurangnya risiko untuk mendapat sakit jantung, kanser dan kencing manis. Sekiranya anda mempunyai saudara yang mempunyai kecacatan saraf, anda disarankan mengambil asid folik dalam dos yang lebih tinggi dan hendaklah diambil satu bulan sebelum anda merancang untuk hamil, dan sekiranya anda telah hamil, teruskan memakannya sehinggalah kandungan sekurang-kurangnya 3 bulan.
Pilihlah ubat multivitamin yang mempunyai cukup dos untuk asid folik dan makanlah sayuran yang kaya dengan folik seperti tumbuhan hijau, buah-buahan yang banyak mengandungi jus, bijirin dan roti yang mempunyai folik.
Hindarkan tabiat buruk
Jangan meminum alkohol, kurangkan pengambilan minuman yang mengandungi cafin. Hentikan terus ubat-ubatan herbal atau traditional yang anda makan sekarang dan pastikan anda cuma memakan ubat yang disarankan oleh doktor, yang telah dipastikan selamat untuk mereka yang merancang untuk hamil. Juga, jauhi dari rokok atau mereka yang merokok kerana ia boleh memberi kesan terhadap kandungan anda.
Dapatkan berat badan yang ideal
Mengurangkan sikit berat badan anda (atau menambahkan sikit berat badan sekiranya anda s eorang yang terlalu kurus) sebelum mencuba untuk hamil adalah disarankan sekiranya anda mahukan kandungan yang tidak bermasalah. Terlalu gemuk atau kurus boleh menyebabkan kesukaran untuk hamil. Lagipun, wanita yang mengalami berat berlebihan mempunyai lebih komplikasi semasa hamil dan mereka yang terlalu kurus pula boleh mendapat bayi yang kecil atau kelahiran pra-matang.
Rancanglah pemakanan yang baik yang mempunyai kurang lemak, yang banyak serat. Amalkan banyak senaman dan cuba untuk kurangkan berat setengah kilogram satu minggu dan jangan terlalu keterlaluan untuk mengurangkan berat badan anda kerana anda mungkin akan kehilangan nutrisi dari badan anda. Sesuatu yang anda patut elakkan semasa mencuba untuk mengandung.

Wednesday, February 9, 2011

Isu Penting Sebelum Hamil


Perkara penting yang anda perlu buat sebelum anda bercadang untuk hamil
Anda dan suami sudah bersedia untuk menimang cahaya mata dan menjadi ibu dan ayah kepada bayi comel, tapi tunggu! Pastikan diri anda berada dalam keadaan optimal dahulu untuk mendapatkan kehamilan yang terbaik. Ada beberapa isu penting yang anda harus buat sebelum melangkah kealam kehamilan.
Makan asid folik
Walaupun anda merasa diri anda sihat dan tidak mengalami sebarang kekurangan zat dan vitamin, anda masih perlu memakan asid folik sekurang-kurangnya 400mcg sehari sekurangkan kurangnya 1 bulan sebelum mengandung. Asid folik, walaupun terdapat dengan banyak dalam makanan dan sayuran seharian, ia mudah rosak apabila semasa proses memasak. Kekurangan asid folik dikaitkan dengan kecacatan saraf seperti spina bifina.
Jangan merokok dan meminum alkohol
Hentikan serta merta sekiranya anda bercadang untuk hamil dalam masa terdekat, banyak penyelidikan yang telah dijalankan menunjukkan merokok dikaitkan dengan bayi yang kecil semasa lahir, bayi pramatang, keguguran dan sebagainya. Ia juga dikaitkan dengan ketidaksuburan dan kekurangan sperma pada lelaki.
Kurangkan minuman berkafin
Terlalu banyak minuman cafin boleh mengurangkan keupayaan usus anda untuk untuk meyerap zat besi dan meninggikan risiko keguguran dan kematian anak dalam rahim. Kurangkan pengambilan secara beransur-ansur dan gantikan ia dengan minuman jus jika anda suka. Walaubagaimanpun anda masih boleh meminum minuman bercafin satu cawan sehari semasa mengandung.
Pastikan berat badan optimal!
Sekiranya anda mempunyai berat badan yang normal, anda lebih senang untuk hamil. Penyelidikan telah menunjukkan meraka yang mempunyai berat badan yang terlalu rendah dan terlalu tinggi lebih sukar untuk hamil. Sekiranya berat badan anda tidak memuaskan, cuba untuk memperbaiki dengan mengurang atau menambahkan berat. Berbincanglah dengan doktor anda cara terbaik untuk menguruska berat badan anda.
Simpan cuma makanan yang sihat sahaja dalam peti sejuk.
Anda tidak perlu makan untuk dua orang, tetapi dengan amalkan memakan buah-buah dan sayuran 4-5 hidangan sehari ia boleh membekalkan nutrient yang anda perlukan sebagai persedian untuk hamil. Makanlah bijiran whole grain, susu, yogurt atau jus yang kaya dengan kalsium. Sekiranya anda pengemar ikan, kurangkan memakan ikan dari jenis jerung, sword fish dan tuna kerana ia mungkin berlebihan dengan kandungan merkuri, bahan yang boleh memberikan kemudaratan kepada bayi anda.

Hamil Selepas 35 Tahun

Bagaimana usia boleh mempengaruhi kesuburan wanita?
Apabila wanita sudah mencapai usia 30’an, mereka akan mengalami kekurangan tahap kesuburan. Sebahagiannya mungkin disebabkan oleh:
·         Kurangnya bilangan telur dan juga telur yang berkualiti.
·         Kekurangan sperma berkualiti
·         Kekurangan kadar hubungan seks
·         Masalah perubatan dan juga peranakan seperti endometriosis, fibroid dan salur peranakan
Adakah hamil selepas usia 35 selamat?
Walaupun perubatan yang moden boleh menolong wanita berusia lebih 35 tahun mengalami kehamilan yang selamat, komplikasi perubatan pada usia sebegini adalah lebih tinggi berbanding dengan wanita yang lebih muda.
Sekiranya anda bercadang untuk hamil dalam usia yang lewat, anda perlu memahami risiko yang berkaitan dengannya dan cuba mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko tersebut. Ini adalah untuk meninggikan peluang kearah kehamilan ‘problem–free’ dan kelahiran anak yang sihat
Adakah saya mempunyai risiko tinggi untuk mendapat anak yang cacat sekiranya saya berusia 35 tahun keatas?
Risiko untuk melahirkan anak cacat menjadi tinggi apabila usia semakin tua. Ini mungkin disebabkan ketidaknormalan pada telur disebabkan oleh kromosom yang tidak normal. Secara kasarnya, 1 dalam 1400 bayi dilahirkan oleh wanita pada usia 20’an mengalami sindrom down, dan kadar ini akan menjadi 1 dalam 100 apabila ibu mencecah 40’an.

Kehamilan

Fahami Sistem Reproduksi anda

Ramai dikalangan wanita yang kurang memahami tentang kitaran haid dan masalah haid pula adalah diantara soalan yang paling dikerap ditanya terutamanya di forum.

Sistem peranakan dan kitaran haid kita sebenarnya kejadian yang amat kompleks yang melibatkan beberapa hormon penting dalam badan.
Keseimbangan dan interaksi sihat hormon-hormon ini pula amat kritikal untuk memastikan ovulasi berlaku dan kitaran haid anda teratur setiap bulan

Mengetahui dengan mendalam bagaimana sistem reproduktif berfungsi  menjadi berguna apabila anda merancang untuk hamil kerana ia amat penting dalam menentukan peluang anda untuk hamil .
Kitaran Haid
Setiap bulan badan akan mengalami perubahan semulajadi yang menolong ovari mengeluarkan telur yang bakal disenyawa ataupun tidak. Proses ini dipanggil kitaran haid.
 Hari pertama haid anda datang dikira hari pertama kitaran haid anda. Selalunya berakhir 28 hari pada kebanyakan wanita tetapi sekiranya ia dalam lingkungan 21-35 hari kitaran tersebut masih dikira normal dan teratur. Kitaran haid tidak semestinya tepat setiap bulan, awal atau lewat 4-5 hari adalah perkara biasa bagi kebanyakkan wanita.

Semasa hari pertama haid, tahap hormon estrogen yang rendah waktu ini mendorong badan kita untuk mengeluarkan lebih hormon ( FSH ). Semasa hormon FSH meningkat tinggi, ovari mula merangsang pembentukkan folikel-folikel selalunya bermula dengan 20 folikel kecil yang dengan perlahan akan menjadi lebih besar diameternya beberapa hari kemudian.
Walaubagaimanapun, cuma satu sahaja dari folikel ini yang akan menjadi semakin besar dan matang dan seterusnya pecah mengelurkan telur.
Ovulasi
 
Ovulasi ialah proses untuk mengambarkan saat dimana telur dikeluarkan dari ovari. Pada masa ini, hormon estrogen menjadi tinggi merangsang satu lagi hormon yang dirembeskan dari otak iaitu LH mennyebabkan folikel pecah dan keluar dari ovari. Ia selalunya berlaku 14 hari selepas haid pertama sekiranya kitaran anda 28 hari. ( Disinilah lahirnya LH kit). Sekiranya kitaran haid anda 32 hari, telur selalunya akan keluar pada hari ke 18 dari hari pertama haid anda.
Masa inilah anda dalam kedaan subur sekali dan berkemungkinan besar akan hamil sekiranya pada masa yang sama anda bersama dengan suami anda.
Hormon progesterone pula yang dirembes oleh ovari selepas ovulasi akan menyebabkan dinding rahim iaitu endometrium menebal sebagai persiapan untuk meyambut kehadiran telur yang bakal disenyawakan.

Hormon estrogen yang tinggi pula menyebabkan berlaku rembesan yang banyak dari kelenjar serviks yang bertukar menjadi lebih licin dan jernih ( seperti putih telur). Perubahan ini terjadi untuk memudahkan perjalanan sperma dari faraj, ke rahim dan seterusnya ke salur fallopian.
Apabila telur dilepaskan dari ovari, ia akan bergerak perlahan lahan di sepanjang salur fallopian dan sekiranya tiada persenyawaan, telur akan terlerai semasa didalam rahim.

Dinding rahim yang menebal untuk persiapan persenyawaan tadi tidak lagi diperlukan dan akan gugur disebabkan hormon progesteron yang turun secara mendadak ( selepas 14 hari dari tarikh ovulasi) dan dinding rahim tadi akan menjadi darah haid dan kitaran haid baru bermula.

Sebab itulah ujian progesterone dibuat pada hari ke 21 sebagai salah satu ujian infertiliti untuk mengetahui samada ovulasi sudah berlaku atau tidak. Ujian LH /FSH pula dibuat untuk menentukan samada terdapat keseimbangan hormon ini pada hari ke 2 atau ke 3 kerana jika tiada keseimbangan, besar kemungkinan folikel gagal matang dan ovulasi tidak berlaku.
Apa yang berlaku sekiranya berlaku persenyawaan?
 Sekiranya telur tersenyawa, ia dengan perlahan lahan akan berjadi embryo dan bergerak dari salur fallopian kearah rahim.  Selepas 1 minggu dari tarikh telur dilepaskan, ia akan memasuki dinding rahim yang menebal tadi dan implantasi berlaku.
Pada masa ini hormon HCG akan dirembeskan dan hormon inilah akan dikesan semasa ujian air kencing atau darah .

Asid folik atau folate adalah vitamin B9 yang selalunya dijumpai didalam sayuran hijau, jus buahan dan bijiran. Asid folik diperlukan terutamanya semasa anda merancang untuk hamil, dan tiga bulan pertama selepas hamil. Ia boleh mengurangkan risiko untuk mendapat anak yang cacat terutamanya kecacatan saraf (NTD) , otak (anencephaly) dan saraf tunjang (spina bifida) Kajian telah menunjukkan bahwa, kecacatan ini boleh dikurangkan sehingga 70%. Itulah sebabnya sangat penting untuk anda memakan asid folik semasa hamil.
Anenchephaly adalah nama diberikan kapada bayi yang tidak mempunyai tisu otak dan akan mati sejurus sahaja ia dilahirkan. Spina bifida pula adalah kecacatan saraf tunjang yang boleh menyebabkan lumpuh, masalah usus, pundi kencing dan kecacatan otak.
Risiko-risiko yang boleh menjurus kepada neural tube defect (NTD):
·         Keluarga yang pernah mengalami NTD
·         Pernah hamil anak yang mengalami NTD
·         Mengambil ubat sawan
·         Kencing manis
      Semua wanita yang merancang untuk hamil disarankan untuk mengambil asid folik sekurang-kurangnya 4 mg dan 8 mg semasa hamil untuk mengurangkan risiko tersebut.

Thursday, December 30, 2010

selesai sudah majlis perkahwinan yg di idam-idamkn

Alhamdulillah.....selesai sudah majlis perkahwinan ku pada 26 - 28 November 2010, 3 hari 2 malam. wow! macam artis plk kn sampai 3 hari 2 malam...Sebenarnya sekali ngan rumah lelaki pada 28hb November 2010, tue yang sampai 3 hari. Ade kisah yang kurang menggembirakn tp semua alahamdulillah...iaitu mase rumah aku bayak lalat, mne tidaknye, musin membaja tembikai lh kta kn...plk tue gna baja tahi ayam apa lg lalat bermaharajalela lh...manakala mase sebelah rumah suami aku plk hari hujan, tp sekejap je...Apa-apa pun aku bersyukur semuanya berjalan dgn lancar dan sempurna.

Pada mula-mulanye mase nak nikah, hati nie berdebar2 dan macam2 rse, rse gembira, rse takut, rse gementar, rse sayu, bercampur aduk lh. Tp kn, ble suami aku telah melafazkan nikah dengan sekali lafaz shja, Tuhan je yang thu, punyalh rse gembira..



















Mse malam berinai pulak, mulanya ada kelam kabut sikit tp, alhamdulillah dapat handle semuanye dan berjalan dgn lancar serta sempurna pd mlm tue dgn adenya majlis tepung tawar. Ramai jugak lh yg tepung tawa
r, kakak suami ku salah seorangnye, kemain lagi die menengeh inai kt tangan aku...tkpelh...aku rse bahagia dn gembira mlm tue so, aku maafkn mreka2 yg mendeki aku..hehehe...Terima kasih semua yang hadir pada malam berinai tue terutama bagi pihak suami ku punyalh ramai...

Keesokkan harinya adalah hari makan besar ku, ramai tetamu yang hadir walaupn bayak lalat. tk pelh lalat tue pn nk meraikan majlis aku jugak...hahahaha....kawan2 aku cakap aku cantik n muka pn berubah tk macam muka aku. Aku bersyukur apa yang aku inginkn berhasil. Aku telah membuat pilihan andaman yang betul. Hasilnye telah memberi kepuasan kepada aku. Amin....kamera man pn bagus macam2 pose die suruh aku buat. Masa Outdoor pn adalah waktu paling sesuai sbb hari masih panas, air surut..alhamdulillah semuanye ok dn sesuai dgn waktunye...nk cte panjang tk berapa tau...jom layan gamabar2 nie...zazzzzz......