Thursday, December 30, 2010

selesai sudah majlis perkahwinan yg di idam-idamkn

Alhamdulillah.....selesai sudah majlis perkahwinan ku pada 26 - 28 November 2010, 3 hari 2 malam. wow! macam artis plk kn sampai 3 hari 2 malam...Sebenarnya sekali ngan rumah lelaki pada 28hb November 2010, tue yang sampai 3 hari. Ade kisah yang kurang menggembirakn tp semua alahamdulillah...iaitu mase rumah aku bayak lalat, mne tidaknye, musin membaja tembikai lh kta kn...plk tue gna baja tahi ayam apa lg lalat bermaharajalela lh...manakala mase sebelah rumah suami aku plk hari hujan, tp sekejap je...Apa-apa pun aku bersyukur semuanya berjalan dgn lancar dan sempurna.

Pada mula-mulanye mase nak nikah, hati nie berdebar2 dan macam2 rse, rse gembira, rse takut, rse gementar, rse sayu, bercampur aduk lh. Tp kn, ble suami aku telah melafazkan nikah dengan sekali lafaz shja, Tuhan je yang thu, punyalh rse gembira..



















Mse malam berinai pulak, mulanya ada kelam kabut sikit tp, alhamdulillah dapat handle semuanye dan berjalan dgn lancar serta sempurna pd mlm tue dgn adenya majlis tepung tawar. Ramai jugak lh yg tepung tawa
r, kakak suami ku salah seorangnye, kemain lagi die menengeh inai kt tangan aku...tkpelh...aku rse bahagia dn gembira mlm tue so, aku maafkn mreka2 yg mendeki aku..hehehe...Terima kasih semua yang hadir pada malam berinai tue terutama bagi pihak suami ku punyalh ramai...

Keesokkan harinya adalah hari makan besar ku, ramai tetamu yang hadir walaupn bayak lalat. tk pelh lalat tue pn nk meraikan majlis aku jugak...hahahaha....kawan2 aku cakap aku cantik n muka pn berubah tk macam muka aku. Aku bersyukur apa yang aku inginkn berhasil. Aku telah membuat pilihan andaman yang betul. Hasilnye telah memberi kepuasan kepada aku. Amin....kamera man pn bagus macam2 pose die suruh aku buat. Masa Outdoor pn adalah waktu paling sesuai sbb hari masih panas, air surut..alhamdulillah semuanye ok dn sesuai dgn waktunye...nk cte panjang tk berapa tau...jom layan gamabar2 nie...zazzzzz......











Wednesday, October 13, 2010

Sukan KAK KEJORA

Bulan 10 dan 11 nie tempat kerja aku ada sukan. Sekarang masing-masing sibuk training, nak sukan lh kta kn....begitu semangat kesukanan. Aku pasukan rumah kuning, sukan yang aku masuk ialah bowling, batu seremban, ping pong dan badminton, tp masuk nama je terpilih belum tentu dapat lagi hahaha....Sukan belum start lagi tangan dan badan aku dah sakit-sakit... hari Rabu (13 Okt 2010) nie aku ada main bowling kt Diamond. aku pun tk tau lh dengan tangan tengah sakit nie aku boleh skor lebih 100 ke tidak. Aku harap boleh lh... 


Daripada 4 sukan yang aku masuk nama, aku harap 2 sukan nama aku terpilih. Kawan-kawan aku yang satu unit, rumah sukan lain so, kami berlawan ant satu sama lain...

Thursday, October 7, 2010

Perkahwinan


Tanggal 17 April 2010, aku bertunang. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan sempurna pada majlis tersebut. Belah pihak lelaki punyalh ramai yang datang ikut rombongan tersebut, banyak juga lh kos belanja masa hari pertunangan aku tue.Mana tidaknya tunang aku tue die lh lelaki tunggal dalam keluarga die, yang lain semua perempuan. Kalau tak silap aku hampir 40 orang yang datang. Di sini aku nak kogsi masa hari pertunangan aku. jom layannnn.....                

                                             ini bakal mak mertua aku
  ini bakal adik ipar aku

nie bakal kakak ipar aku


                             
                                                  nie kawan sekerja aku
nie anak sedara aku
nie kawan sekerja aku
                                   nie barang hantaran sebelah pihak perempuan








                             


                             
                             



Manakala di bawah nie pula barang hantaran sebelah pihak lelaki.












Erm...sekarang tunggu hari bahagia pulak iaitu  aku menjadi permaisuri dalam seumur hidup bakal suami (tunang) aku. Bila di tunggu, rasa lama, tapi bila tak ditunggu, semakin hampir tiba hari bahagia aku yang aku tunggu-tunggu selama ini. Alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah s.w.t kerana memperkenankan doa aku untuk hidup bersama orang yang aku sayang.Bila difikir-fikir macam tak sangka pulak dah nak kahwin. Dah semakin dewasa rupanya aku nie. Tarikh keramat ialah pada 27 November 2010 di pihak aku manakala, 28 November 2010 di sebelah pihak lelaki. Mudah-mudahan rumah tangga khazareena bt mohamed salleh dan ahmad firdaus bin mohd khalid kekal bahagia hingga ke akhir hayat amin...

Wednesday, October 6, 2010

Erm...semakin hari semakin hampir majlis perkahwinan aku...aku pun semakin tk menentu dibuatnya...berdebar2 rsenya.

Monday, September 13, 2010

Malang tidak berbau untuk menyambut hari raya dengan gembira

Alhamdulillah...tahun nie dapat menyambut hari raya bersama org tersayang dan ahli keluarga. Cuma tahun nie disambut dengan sederhana aje kerana keadaan mak aku kurang sihat sebab terkena sipi angin ahmar tp, alhamdulillah tkde ape2 berlaku pada anggota tubuh badan die cma die rse kebas2 je. Pada puasa ke-2 akhir waktu sahur,aku dh bimbang, mak aku nangis sambil bagitw yg badan die dh tk berasa apa2, pegang sudu pun sampai jatuh. Selepas sahur aku terus sms ngan adik-beradik aku yg lain bagtw tentang keadaan mak aku dan suruh balik. Aku plk tk dpt nk lelapkn mata, aku nangis subuh tue, dn esok paginye aku buat keputusan bawa mak aku pergi berurut di rumah makngah aku di sungai mas. Kakak ipar aku pun sampai pagi tue dn terus ikut kami pergi umah makngah aku. Aku bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNya mak aku dapat diselamatkan daripada strok kerana cepat sedar.

Dah 3 kali mandi laut sebab nk bawa mak aku berendam dengan air laut. Erm.. w/pun aku duduk berhampiran dengan laut tp, dh lama tk mandi laut....ye leh nnti hitam kulit i u.. hehe....tkpe lh asalkan mak aku sihat dan pulih seperti sedia kala...Terima Kasih Allah..


Manakala pada raya ke-2 plk, bapa bakal suami aku jatuh dalam bilik air. Plan hari tue nk pergi beraya di rumah Pokteh kat perigi Acheh. Semasa aku dn tunang aku sampai di rumah die, mak die kte 'bak jatuh dn nk g hospital'. Tunang aku pun apa lagi terus bawa bak die pergi berurut dlu dan alhamdulillah sakit kaki die dh kurang sikit.. selepas bawa urut trus hantar die pergi buat dialisis plk kat saujana.

Setelah hantar, kami semua (aku, tunang aku dn adik-beradik die) pergi rumah pokteh die. Pulang dri rumah pokteh, terus pergi ambik bak die di saujana dan malam tue jugak ingin bawa bak die X-ray di poliklinik tp, tak dapat buat pada malam tue, dan kami terus balik. Pada keesokannya, tunang aku bawa bak die pergi hospital, X-ray,rupa-rupanye tulang pahanya retak. Semasa bawa pergi urut, org yang berurut tue tk plk urut di paha, cma di bahagian bawah kaki  sahaja dn orang tue pun kata tiada patah atau retak. Sekarang ade di hospital Kota Tinggi dan dalam proses untuk mencantumkan semula tulang yang retak. Mungkin makan masa dalam seminggu atau dua minggu. aku doakan bapa tunang aku sihat, pulih, dan boleh berjalan seperti orang yang sihat, Insya-Allah amin.....


Ini lah die, malang tidak berbau, kita tak tau apa akan berlaku esok, lusa dan seterusnya...kita cma merancang tapi Allah yang menentukan....kita sebagai hambanya, perlulh berusaha untuk mencari penawarnya bukan dengan berdoa sahaja..